Eksklusif! Pejabat GCG Asia Phnom Penh Fu telah disita
ENGLISH TRANSLATE: https://gcgasiacheater.home.blog/2019/05/17/exclusive-news-the-phnom-penh-office-of-gcg-asia-group-is-sealed-off/
CHINESE TRANSLATE: https://gcgasiacheater.home.blog/2019/05/17/%e7%8b%ac%e5%ae%b6%ef%bc%81%e9%92%9c%e5%af%8c%e9%87%91%e8%9e%8d%e9%9b%86%e5%9b%a2%e9%87%91%e8%be%b9%e5%8a%9e%e4%ba%8b%e5%a4%84%e8%a2%ab%e6%9f%a5%e5%b0%81/
(Phnom Penh) Pejabat GCG ASIA di Phnom Penh telah disita.
Wartawan “The Cambodia China Times” megikut pasukan penguatkuasaan
undang-undang Jabatan Polis Negara Kemboja ke pejabat GCG Asia Phnom
Penh, mendapati pintu pejabat telah ditutup dan langsung tiada
kakitangan di tempat kejadian.
Dengan arahan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, pasukan operasi terdiri
daripada Direktorat Ketua Polis Negara, Bank Negara, Jabatan polis Phnom
Penh dan Suruhanjaya Sekuriti Kemboja melawat pejabat GCG Asia Phnom
Penh. Pasukan operasi ini meterai dilekatkan ke pintu syarikat menutup
pejabat GCG Asia Phnom Penh buat sementara waktu.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah mengeluarkan ” Notis Kecemasan
Keselamatan Negara” di Facebook beliau pada malam 16 Mei, mengatakan
bahawa GCG Asia telah menggunakan gambar dan nama untuk propaganda palsu
untuk penipuan. Hun Sen mengingatkan rakyat-rakyat supaya berwaspada
dengan perangkapan penipuan GCG Asia.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menegaskan bahawa GCG ASIA membuat
propaganda palsu bahawa beliau adalah penyokong GCG Asia dan akan
menghadiri upacara perasmian GCG ASIA pada 20 Mei sebagai Perdana
Menteri negara.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menegaskan bahawa GCG ASIA
diisytiharkan bahawa Kemboja Bank Negara dan Bank of China adalah rakan
kongsi dalam perniagaan FOREX.
“Sebagai Perdana Menteri kerajaan Kemboja, saya menafikan
dakwaan-dakwaan tersebut, dan berita yang dipaparkan di laman web rasmi
GCG Asia adalah palsu. Saya mengarah semua pihak berkuasa yang berkaitan
untuk menyiasat dengan serta-merta dan membawa orang yang terlibat
kepada keadilan. “
Menurut Hun Sen, Kedutaan besar Indonesia di Kemboja telah membuktikan
bahawa GCG Asia adalah sebuah syarikat yang menyalahi undang-undang dan
telah disenaraihitamkan (Black List). Hun Sen menyeru rakyat di seluruh
negara dan pelabur-pelabur dalam dari luar negeri berwaspada supaya
mengelakkan perangkap penipuan GCG Asia.